dua kosong satu kosong.

dua kosong satu kosong.
sepuluh tahun lagi mesti ada kereta terbang laju kan?
mungkin waktu tu buleh bersiar-siar dibulan.
masa itu angkasawan negara syeikh muszafar tidak lagi glamour.
haha.macam haraam!!

apa azam engkau tahun ini?
takde.aku guna azam yang tahun lepas punya.

cuma ada tambahan sikit.
nak cari makwe yang betul-betul punya.

perempuan cantik,sila isi borang ya.selamat tahun baru.

visa

bersusah-susah dahulu,
bersenang-senang kemudian.
peribahasa apa ntah.macam haraam!

acara membuat visa dinegara orang.
memang panas.
jika engkau keluar dari pejabat visa itu dalam keadaan ngeri muka engkau,
itu perkara biasa.
sekali sekala saja yang keluar dari situ bersuka-ria.
sekali sekala ya.

makcik dikaunter visa itu sungguh hebat menghampakan pelajar malaysia.
sehingga ramai yang bersumpah-seranah akan dirinya.
tetapi dia kebal.
pernah aku lihat sekali dibelakang pejabatnya,dia sedang mandi minyak.
mungkin sebab itu dia kebal.

tetapi semalam dengan niat tidak mahu mengalah,
aku tabah.jarang-jarang pelajar lain yang tabah seperti aku.
akhirnya.haha.aku keluar dari pejabat itu dengan gembira.
syukurlah!

rupanya peribahasa diatas benar.aku mengalah.
sepatutnya ia berbunyi begini.
bersusah-susah dahulu,
bersenang-senang lambat sikit.tapi ada.
;p

doremifasolasido



gambar diatas dilukis pd tanggal 25dis09.
diberi tajuk - mulut dan hati selalu berbeza.
haha.bodoh,jiwang!
selalunya hero dilukis lebih detail.
kerana tugas berat sebagai ketua keluarga.

macam biasa.
agak susah tidur malam.
bukan apa,jika tidur nanti terlepas solat subuh pula.
jadi buat keputusan berjaga malam beribadat.haha.
tapi malam td,beribadat tidak kelihatan.
yang kelihatan movie korea.
waah!asyik juga.

DOREMIFASOLASIDO.
jangan betulkan sido tu.memang macam tu.
dari awal cerita,hingga akhir maseh taktahu kenapa 'sido'?
cerita barbaur cinta.muzik sikit.
aku lebih suka movie dari cerita berepisode.
ya.dari situ engkau boleh tahu aku seorang yang tak sabar-sabar.
klimaks terlalu awal susah juga ya.
haha.

p/s: sila beritahu jika mahu gambar engkau dan makwe dilukis.RM10 sahaja.haha

sesak.

akhir tahun.
sumanya dalam keadaan semak.
sangat semak.

10 muharam.hari asyura.
sunat berpuasa.
sudah niat dari semalam.
tapi,bangun tidur.
jerang air panas.
boh teh,gula dan sudu.
rasa sikit.
haraamm!! aku puasa!
jadi teruskan berpuasa,dengan niat terlupa.
harap-harap diterima puasa ini.

10 muharam.
puan rumah datang.
macam biasa.duet sewa.
selepas duet berada ditangan,bersuara pula,
'fi shahru gai,sittu miah"
('untuk bulan depan,600 ye')

cinabeng!!
'leh ya mama?"
(awat makcik?)

'sanah gai,kullu zid,kahraba ghali,mayyah zid wakullu.'
(taun depan,suma naik,letrik mahal,air pon naik,suma-suma2 lah)

adoyy.
dah la toilet bocor.
orang bawah sudah naik angin.
duet rumah sudah naik.
plan ke sinai terpaksa ditunda.
haraamm!!


kembali.

selamat kembali!
setelah penuh dengan noda.
haha.
kembali dengan post gambar dibawah.
di malaysia 24/7 bersama keluarga dan kawan-kawan.
di mesir 25/8 bersama laptop.
waah! sudah ada laptop ouh!

sykes! itu nama laptop aku.
sempena nama vokalis bmth.
hahaha.bodoh kan?
lantak engkau lah.

setelah 3minggu kembali dimesir.
wajah syeikh hasan terbayang-terbayang.
mungkin rindu bertalaki sambil kena marah.
hahaha.
'pujian' syeikh judah belum lagi aku rasai.
bagi aku tenang dahulu.
sampai bila?
................................................... ;p

sebahagian.

kawan dan haiwan.
xperlu ramai jika haiwan.
xperlu ramai jika perangai kita haiwan.

kawan dan bau dan asap.
perlu cari kawan yang bau.
xperlu lah kawan yang asap.

kawan dan neraka.
kearah neraka,xperlu jadi bayang dibelakang.
perlu jadi bayang yang menghalang.

kawan dan surga.
dari awal hingga akhir,surga!

kantoi!!

hahaha.
baru aku faham makna kantoi.
bila terkena pada diri sendiri.
padan muka aku.

hahaha.
aku bukan sebegitu lah.
jangan fikir bukan-bukan.

hahaha.
kawan perlu ramai bukan?
kawin perlu satu,dua,tiga,empat bukan?
sebenarnya aku malu.
hahahahaha.




AMAD KANTOI!! PADAN MUKA!

warna.

'kita mesti bersatu!!,
tidak kira lah bangsa kita,warna kita,makanan kita!',kata si hijau.
'yang penting kita mesti menang.
kita mesti berpakat!',tambahnya lagi.
'yelah,kita semua mesti berpakat punya,'setuju si merah jambu.
sementara itu si hitam pula mengangguk tanda setuju.

berpakat,berpakat,berpakat!!
laung si hijau,merah jambu dan hitam secara kuat!!

perebutan padang permainan dengan kumpulan si biru dan merah semakin menjadi-jadi.
akhirnya,kemenangan berpihak pada yang berpakat tadi.
'nak menang punya pasal,pakat pun takpe punye!!'sorak mereka beramai-ramai.

sebulan selepas itu.
'weh,mana boleh runtuhkan permainan ini?'marah si merah jambu.
sambil jari telunjuk menunjuk tepat kearah permainan yang berbentuk binatang itu.
'tidak boleh,kena runtuhkan jugakla,binatang ni tidak smart,
hidungnya nampak terlalu kedepan!'jawap si hijau.
sementara itu,si hitam hanya menyucuk-nyucuk dari belakang sambil melompat-lompat.
si hitam ini memang suka binatang yang melompat.

PAKAT LAH LAGI!!

*mimpi ketika tidur tambahan rindu pada malaysia terjadilah entri kali ini.hahaha*

oh sukan!

maaf lah aku tiada seluar sukan!!
hahahaha.
sejak dulu lagi aku tidak pernah mempunyai seluar sukan.
juga apa jua yang berbentuk sukan.

bolasepak?
maaf juga,aku bukan dari 'kipas susah matinya'.
aku tidak tahu cara sepak bola dengan betul.
pernah juga masa berhingus dulu,menjadi goalkeeper.
bila datang sahaja bola depan gawang, terus aja aku lari ketepi.
takut kena muka.sangat sakit kot.
terus dimarahi dan dihalau balik.
hahahaha.
sehingga kini.masih tidak reti.
walaupon tidak menyukai sukan bolasepak ini,
aku maseh lagi normal.
aku juga meminati beberapa pemain.
gago,bojan dan ramos!
engkau kenal?
walaupon diaorang tidak hebat langsung tetapi diaorang hensem!
biarlah apa orang kata.
hahaha.aku maseh normal.

kenapa aku cerita kan semua ini.?
sebagai tema..nantikan sambungannya.hee;p

love islam!



di buat dengan ikhlas.
hahahaha;p
diharap che azrul yopo-yopo berpuas hati.hee
mahu? ym aku!

love aloq staq!!




untuk orang aloq staq sahaja!!
hak kampung aloq staq pon boleh!
sapa pon boleh la kalau hampa ada duet!
hahahaha;p
hampa mau ka?
mudah saja!
untuk tempahan dahulu na.

sila boh nama dan number telepon atau email atau ym hampa di ruang komen!
atau lebeh mudah.ym aku = skimpy_zone09@y.c
aku akan hubungi hampa nnti!!

side project thesumpahclothing!


cuba lah!

perli.
engkau biasa kena?
sangat biasa,tapi pedih bukan?
sangat biasa,tapi haram bukan?

cubalah.engkau pasti hebat!
kelihatan bersahaja,makan dalam.
cubalah.
jangan cuba marah.
tukar.perli pula.
lebih hebat.
cubalah.

bagaimana?
tidak diajar,cuma latihan.

ketika ini,
seorang budak lelaki lingkungan darjah 4 mungkin.
sering sahaja komen aku di myspace.
bunyi nya'hai,bru online?''da makan ke?'
hahahaha.
kehebatan perli aku tidak berguna ketika ini.
tergamam sahaja.

*ajaran berikutnya,jangan perli.berwudhuklah*
*aku tidak sesuai dijadikan abg angkat.harap maaf.haha.*


manusia cumel~



ahh!!
aku rindu mereka!!
si cumel hasan el awwal.
si kerinting hafsa el husna.

tunggu dee balik!!
dee dah beli macam-macam!!
hahahaha!!

malaysia,im coming!!

exam sudah habes.
result sudah dapat.
mastautin sudah 9bulan.
badan sudah kurus sikit.
cakap arab sudah tere sikit.

sudah tiba masanya pulang.
rindu mak dan ayah.
rindu adek beradek.
rindu anak menakan.
rindu family lain-lain.
rindu kucing-kucing.
rindu kawan-kawan.
rindu semua-semua

sangat gila!!



ricoh elnica 35mm.
kodak film.
top flash.
engkau mahu?

dapatkan apa sahaja disana.
diulangi,apa sahaja.
pasar barang lama terhebat pernah aku lihat.
kepunyaan firaun juga ada agaknya.
ya,percayalah!!
pemain piring hitam giler antik dgn speaker bunga raya.
engkau-engkau tahu kan.xtahu?tekan sini.dengan
harga yang budak tingkatan dua juga mampu beli.
paling hebat,masih berfungsi!!
juga,antique potrait camera.sini.
waahh..!!
engkau mahu?

hasilnya,kamera ricoh diatas.
kondisi sangat baik.
cuma baterinya tiada dijual diseluruh mesir.
hahahahaha:D
tidak mengapa.
aku puas!!

*engkau mahu jadi model dengan memegang kamera antik?*
*sila angkat tangan*

prison break.

engkau peminat prison break?
ya.engkau gila!!
aku juga.

hero mati selepas empat musim.
sangat hebat!!

musim pertama,abang hero dituduh membunuh.
musim kedua,ketiga dan keempat,sudah ramai yang dibunuh.
masih lagi hero kan?.

sebagai pengajaran.
jangan begitu genius.
nanti hidung engkau berdarah.
dan akhirnya engkau mati.
bini engkau kawin lain.mungkin.
hahahha:D

*cintakan cerekarama melayu berbaur kekeluargaan camtu.hahaha :D*

terlalu lemah.

hidup ini mesti diteruskan.
biar apepun terjadi.

maksud hidup.
keperluan hidup.
dua perkara berbeza.

ayah aku selalu pesan.
'keperluan hidup boleh dikorbankan untuk maksud hidup.
tapi maksud hidup tidak boleh dikorbankan untuk keperluan hidup'

aku terlalu lemah untuk itu sekarang.
otak aku terlalu berpihak pada yang lain.
oh,kekalkanlah aku.

jangan ada dua haluan.
biar satu dengan payah.
jangan banyak dengan mudah.

ya allah,bantu lah!!

tutup!!

belog ini akan ditutup.
buat sementara.

exam datang dengan laju.
aku tidak sempat kejar.

tolong doa ya!!

vote now!!











setelah berpeluh-peluh.
otak aku dah putus-putus untuk design ini.
undi sekarang.cari duet.
mahu?mari sini!

sibuk!!



ingin potong rambut.
kononnye lebeh melekat apa yg dihapal.
hahahaha ;p
tolong doa yup!!

habibullah.

tidak dijadikan dunia jika tidak kerana dia.

Berkata Al-Baraa’: “Adalah Rasulullah orang yang paling menawan wajahnya dan baik akhlaknya.

Jabir b Abdullah meriwayatkan bahawa suatu ketika ketika bulan terang benderang: “daku sedang menatapi kepada wajah Rasulullah (yang berada di samping) dan juga ke arah bulan, tetapi mengikut pandanganku wajah Rasulullah terlebih indah daripada bulan.”

Saidina Ali menegaskan bahawa beliau tidak pernah melihat sesiapa pun yang terlebih kacak dan segak sama ada sebelum bertemu Rasulullah dan selepas bertemu yakni dalam tempoh sepanjang hayatnya.

Anas memuji lagi baginda dalam hadis yang lain: “Aku tidak pernah mencium sesuatu haruman yang lebih wangi sama ada anbar atau wangian kasturi atau sumber yang lain yang terlebih harum daripada wangian badan Rasulullah.

sepanjang hayat rasulullah susahkan hidupnya untuk kita.
kita sangat susah nak solat.
kita cukup susah nak tutup aurat.
kita nak makan pun susah baca bismillah.

sentiasa rasulullah doa untuk kita.
kita jarang-jarang selawat untuk beliau.
maafkan kami ya rasulullah.
ampunkan kami ya allah!!







kami
sayangrasulullah.
salam maulidurasul!!

kritik.

aku terbaca sebuah artikel kepunyaan sebuah blog.
'raja lawak yang tidak lawak'
bukan kritikan lagi.
mungkin lebih dari makian.
bodoh katanya.
dan bermacam-macam lagi.

aku bukanlah begitu obses dengan raja lawak itu.
cuma,rezeki masing-masing cari.
memang aku akui tidaklah hebat pun lawak mereka pada mulanya.
fikiran aku begitu kolot.
aku pon mencari kesalahan juga.

jangan samakan darjah satu dengan tingkatan satu.
manaada masuk sekolah terus pandai.
satu dalam seribu mungkin.
lebih ramai yang tidak pandai-pandai.
jangan samakan amatur dengan otai standup comedian.
jerry seinfeld lawan man belon.?
orang baru mula beb!!
tengok sudah! otak bagi tenang,jangan potong.

jika tidak suka, diam bermakna.nyah!!
pergi tengok desperate housewives!!
mungkin itu lebeh bermakna buat engkau!

manusia bodoh.

kenapalah engkau diciptakan dengan kebodohan yang nyata.

bodoh dan ingin selalu menganggu hidup orang sekitar.

bodoh dan terus sahaja ingin menang.

bodoh dan ingin mengimpikan kebodohan engkau ternyata pintar.

bodoh dan tidak mampu engkau mengubahnya.

segala teori kebodohan engkau,cuba engkau olah menjadi kononnya 'teori bangsawan'

lebeh baek engkau bodoh tapi berdiam.

kalau engkau tahu engkau bersalah.mudah sahaja.minta maaf.
aku terima.tapi tidak, ego bodoh engkau tinggi.
makin tinggi jika aku tentang.

maaf.kepercayaan aku hilang.

enche piramid.



yay!! akhirnye.
sebenarnye kan.
dua minggu yang lepas ke piramid.
agak berlagak sedikit.
antara 7 wonders of the worlds.

untuk perempuan-perempuan cumel,
aku sedia jadi tourist guide.
hee:p
orang lain,sila berdikari.

abang senior.



diajak makan malam bersama.
dua abang senior.
dibelanja secara terpaksa.
aku terima.

mereka sudah tiga tahun dibumi mesir.
aku maseh berhingus.
mereka sudah mampu merapu berbahasa.
aku maseh berhingus.

imaginasi anak sedara.

semalam menelefon kakak aku.
semata-mata mahu bercakap ngn anak sedara kesayangan ku.
acan ngn acah!
walaupun aku tidak memahami percakapan nya.
hanya sptah dua shja yg aku phm..
hahaha.mahu hilang rindu.

sebelum itu.
bersembang ngn kakak aku.
'penah kau tgk the hoppers nthapeape2 tuh?'tanye kakakku.
'eh,mestilah!aku donlod siap!!balas ku.
'aritukan.acan tgk tv pastu die pggil aku.beriya-iya.
die kte dee(aku) ade lam tv.'cerita kakaku.
'hahahaha'
yg rambut kerinting-kerinting tuh!
bobo!!
waah!!!rambut aku tidak sekerinting itu!
muahahahah:p

sumpah! segak.

setelah enam design dipos ke malaysia.
setelah setengah tahun menunggu.
setelah termimpi-mimpi.
mudah-mudahan.
hanya dapat tiga dari enam.


sila klik untuk gambar yang lebeh besar.terima kaseh.


*background ditukar warna supaya lebeh ghairah*
*benci bukan.hahaha:p*

you only live once.



tengok sampai habes.
nak mp3,carilah sendiri.heh!
70kali dengar setiap hari.
sampai gila.
hahaha:p
thanks to che anno.miss u!!

untuk engkau-engkau.
nah!aku maseh bersimpati:p
the strokes-you only live once.mp3

mimpi hero.


semalam.
mimpi hero.
jadi hero.
di gaza.
heh.muliakan.?
hahaha:p

*heroin diperlukan*

perempuan yang salah.

tidak suka bercerita kesah sendiri.
jarang-jarang sekali.
perlu.

dua tiga hari yang lepas.
berchatting di ym.
ujian pemahaman buat aku.
manusia perlu difahami.

seorang kenalan perempuan.
seloroh.
memaki riang rambut ku.
"serabai".
hahaha.
aku gelakkan.
dan aku memaki kembali.
"engkau gemuk.
tade sape suke kt engkau.
hahaha".kata ku.

perempuan itu.
ayat seterus.
"bye!!"
aku ditinggalkan.

perempuan.perempuan.
salah aku kah?
tidak peduli.
memang camtukah kaum hawa?
tidak kesah.

aku tidak akan mengaku salah.
tapi yang pasti.
aku cinta perempuan.
hahaha:p

tidak matang.

matang?
remaja yang perlu matang?
atau dewasa yang tidak matang?

secara jujur.
aku tidak matang.
aku rasa tidak perlu itu semua.
wajib perlu.
tapi belum sampai masa.
kadang-kadang.
buat-buat matang.
benci perasaan itu.

ikut suka.
tanya diri engkau.
engkau matang?
sampai terlalu matang.
sudah!!
teruskan dengan hidup engkau.
jangan paksa.

*cintaku ditolak kerana aku tidak matang.hahaha.*

tidak hebat.

barangkali.
kerena mulut dan lidah.
kepunyaan engkau.
engkau biarkan.

mereka berdua.
bersaingan berdebat.
sehinggakan engkau sendiri hebat.
mereka berdua.
bersaingan mencarut.
sehinggakan engkau hanya mampu turut.
mereka berdua.
bersaingan berfatwa.
sehinggakan engkau menang ketawa.
mereka berdua.
sesuka hati.
jika terlajak,alang-alang tidak boleh berundur.
engkau tambahkan lagi.

wahai engkau,mulut dan lidah!!
teruskan lah dengan debat.
mencarut.berfatwa.
berteori bodoh.

gunekan lah semua itu untuk menjawab.
berhadapan dengan tuhan.
semoga engkau menang.bodoh!!

kurang ajar.



UNTUK BOIKOT ISRAEL : SINI
GAMBAR KEKEJAMAN ISRAEL : SINI
AMIN DOA QUNUT NAZILAH : SINI

engkau-engkau harus benci mereka.
bunuh mereka.tumbuk mereka.hina mereka.
lempang mereka.maki mereka.ludah mereka.
dera mereka.buli mereka.pijak mereka.

aku kipas susah mati coke.
macamana ni.
kene berubah.
engkau-engkau juga.
aku dan engkau-engkau berubah.

aku dan engkau jaga solat?
janji kejayaan dalam solat.
bukan kata aku.
kata pencipta aku dan engkau.
yang tahu lebeh bersalah dari yang jahil.
ya allah,ampuni kami.

aku dan engkau ludah israel!!
ludah israel!!



inside the ugly face.



tajuk : inside the ugly face.
tarikh : 05.01.2009
masa : 01.56pagi
pensel dan pemadam.

pada awal nya,mahu melukis joker.
akhirnya keperempuanan.
mungkin perempuan simpanan.



setelah di adobe dan di halftone kan.

perempuan berlidah sedap.



yuna.
terpikat ngan die.
bertudung dan hebat!!

Tracklist:

1. After Midnight
2. Backpacking Around Europe
3. Cartoon Couple
4. Deeper Conversation
5. Firework

KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD.



wani ardy.
teruja lah.
sedapp:p

Tracklist:

1. Broken
2. Dear Mr. Future
3. Graviti
4. He
5. Knock Knock Wonderment
6. Letter To Saviour
7. Orang Kecil
8. Setem Pada Syurga
9. Suddenly Lewat
10. Teori Lucu
kredit untuk ombieblogspot.thanks!

KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD.

makhluk hodoh!

kelihatan band2 menempah peluang.
kelihatan mamat2 berskinny jeans menuju ke gigs2,
kelihatan kamera dslr tergantung di leher2 jinjang,
memunggung mencari focus capture.
kelihatan kumpulan2 bikin teeshirt mencari pelanggan.

dan kelihatan engkau juga yang tidak senang dengan keadaan semua itu.

kritik.

'berband tanpa seni'
'berfesyen tanpa ideologi'
'bergambar tanpa mengkaji'
'berkarya tanpa kreativiti'

dan engkau.
'kritik tanpa mengaji'
engkau keji!!