senja.

hari indah itu belum tiba.
gua maseh menunggu.
dengan tidak sabar.

sabar pada mulanya.
terlalu lama mungkin.

harus engkau tidak percaya.
gua mampu tunggu.

sekarang.
tunggu itu menjadi dua.
tolonglah.
hilangkan tunggu itu.

agaknya.
gua tidak berpeluang lagi.
tapi gua maseh terus tunggu.

hari-hari bujang gua makin senja.

perempuan cantik.

mak.
anak lelaki mak ni,
sudah umur 25 tahun.
kalau tambah lagi 100 tahun pun,
maseh belum mampu balas setiap peluh mak.

mak,
mak bukan yang pertama.
mak yang utama.
mak bukan di lidah.
mak di darah.
mak bukan seluruh diri.
mak sepenuh hati.

happy mothers day mak!

sadis.

salam.
buat lelaki-perempuan dan diri gua sendiri.
tutup aurat bukan sebab gaya.
tutup aurat sebab perintah Allah.

buat perempuan-perempuan.
la ni berebut buat tutorial.
"how to wear hijab."
"how to wear like hana tajima."
"how to wear hijab like yunalis" dll.
syukur.siap ada tutorial.
terima kaseh kepada pembuat tutorial.
jika dah memang hobi buat tutorial,jd.
gua ada cadangan.cuba buat.
"how to tutup aurat secara sempurna"
sebab maseh ada yang bingai.
sakan ikut tutorial hijab sahaja.tapi.
pungkoq terkeluaq.pasai apa.

oklah.sekurang-kurangnya dia pakai tudung.
yela,slow-slow buat perubahan ok.
kearah tutup aurat sempurna.insyallah.
kepada yang maseh belum pakai tudung.
tolong jangan kata seru tak sampai lagi.
adoyy!seruan dah sampai lama dah.
hendak seribu daya kan?

buat lelaki-lelaki termasuk gua.
khas buat housemate gua.
jangan pakai boxer je ke hulu ke hilir.
gua pun ada nafsu kalau selalu tertengok.haha.

semoga kita semua dapat buat perubahan.
buat sesuatu perintah Allah kerana Allah.
tinggalkan larangan Allah juga kerana Allah.

nampak tak,kalau bab macam ni,gua lebih serius.
serius tak serius sangatla.gua pun peminat hana tajima juga.
maasalamah.

cerita satu.

selamat berkenalan semula.
lama-lama sekali baru gua update.
itu pun gua kena tukar password sebab lupa.
masuk ini dah tiga kali gua tukar password.
setiap kali tukar gua mesti tulis kat kertas
dengan harapan kalau otak gua lupa,spare kertas ada.
tapi setiap kali gua lupa password,gua cari kertas.
kertas pun gua lupa letak kat mana.dem!

lupa kan pasal password,panas hati gua.
gua nak cerita.
gua dah tahun tiga di mesir.
penuh dengan tidur.
semalam gua tengah tidur.
dengan harapan esuk gua buleh mandi wajib.
tiba-tiba.datang mamat mana entah buka lampu.
ini gua panas lagi.
gua buka mata nipis.
nak 'aim' sapa yang buka lampu.

ahhh,gua bangun.
gua pergi kat mamat tu.
gua lempang dia lima kali.
jari dia yang buka lampu tu gua cucuh dekat karen eletrik.
jari dia yang lain gua kapit kat pintu.
gua sangat puas.
walaupun gua buat semua tu dalam mimpi gua.

selepas tu gua bangun.
mamat tu maseh di rumah gua.
dia tengok gua dengan gaya ustaz sambil membebel dan tazkirah.
gua tension sambil berjalan masuk bilik sambung tidur.
gua nak teruskan mimpi tadi.
harap-harap lagi kejam.

dem.tak berjaya gua nak mandi wajib.