bersusah-susah dahulu,
bersenang-senang kemudian.
peribahasa apa ntah.macam haraam!
acara membuat visa dinegara orang.
memang panas.
jika engkau keluar dari pejabat visa itu dalam keadaan ngeri muka engkau,
itu perkara biasa.
sekali sekala saja yang keluar dari situ bersuka-ria.
sekali sekala ya.
makcik dikaunter visa itu sungguh hebat menghampakan pelajar malaysia.
sehingga ramai yang bersumpah-seranah akan dirinya.
tetapi dia kebal.
pernah aku lihat sekali dibelakang pejabatnya,dia sedang mandi minyak.
mungkin sebab itu dia kebal.
tetapi semalam dengan niat tidak mahu mengalah,
aku tabah.jarang-jarang pelajar lain yang tabah seperti aku.
akhirnya.haha.aku keluar dari pejabat itu dengan gembira.
syukurlah!
rupanya peribahasa diatas benar.aku mengalah.
sepatutnya ia berbunyi begini.
bersusah-susah dahulu,
bersenang-senang lambat sikit.tapi ada.
;p
2 ulasan:
heh.
tahniah!
lawan je dia.
tarik rambut kalau perlu
haha.makcik tu dah tua.
rambut xyah tarik pon,dah gugur sendiri.
hahahaha.
Catat Ulasan