habibullah.

tidak dijadikan dunia jika tidak kerana dia.

Berkata Al-Baraa’: “Adalah Rasulullah orang yang paling menawan wajahnya dan baik akhlaknya.

Jabir b Abdullah meriwayatkan bahawa suatu ketika ketika bulan terang benderang: “daku sedang menatapi kepada wajah Rasulullah (yang berada di samping) dan juga ke arah bulan, tetapi mengikut pandanganku wajah Rasulullah terlebih indah daripada bulan.”

Saidina Ali menegaskan bahawa beliau tidak pernah melihat sesiapa pun yang terlebih kacak dan segak sama ada sebelum bertemu Rasulullah dan selepas bertemu yakni dalam tempoh sepanjang hayatnya.

Anas memuji lagi baginda dalam hadis yang lain: “Aku tidak pernah mencium sesuatu haruman yang lebih wangi sama ada anbar atau wangian kasturi atau sumber yang lain yang terlebih harum daripada wangian badan Rasulullah.

sepanjang hayat rasulullah susahkan hidupnya untuk kita.
kita sangat susah nak solat.
kita cukup susah nak tutup aurat.
kita nak makan pun susah baca bismillah.

sentiasa rasulullah doa untuk kita.
kita jarang-jarang selawat untuk beliau.
maafkan kami ya rasulullah.
ampunkan kami ya allah!!







kami
sayangrasulullah.
salam maulidurasul!!

1 ulasan:

Miss Zahidah Zakaria berkata...

lgu2 tu sumpah menaikkan bulu roma!
oh oh oh!