raksasa!

malam semalam.gua borak kosong.

member : amad,lu taw x pasaipa orang buang anak?

gua : pasai depa kurang didikan agama (gua jawab gaya imam muda)

member : lu salah,depa buang anak pasai depa ada anak,kalau depa ada sampah,depa buang sampah.

terus gua tumbok muka member gua empat kali.kadang-kadang imam muda terpaksa jadi raksaksa.

episod raya.

lima,enam hari sebelum ramadhan gua balik malaysia.
kadang-kadang menjadi imam muda.
makcik-makcik bergelut sesama sendiri nak beri anak dara mereka.
gua tulis 'anak dara' ya.bukan 'dara'.

sehari sebelum raya.
mak gua dah list barang nak suroh gua beli belah.
sebagai anak soleh,gua dengar kata.
tapi kalau suroh beli selepas suboh,gua dengar juga sambil lelap mata.
maaf mak.

dua hari tiga malam gua beratur nak beli santan.
gua kira gua orang yang ke tiga puloh dua.
belakang gua ada seratus lima puloh orang lagi gua rasa.
dua orang warga emas gua lempang sebab nak potong barisan.
tiga lagi terkencing serta merta.
kelihatan gadis-gadis dari kuala lumpur juga beratur.
pakai baju kecik nampak pusat,konon bulih potong barisan.
dua tiga minit jenuh tampar nyamuk gigit pusat.
gua senyum sendiri.

bersambung...

hang jebat.

salam semua.
gua kembali.
kali ini lebih aksi.

sebenarnya,gua dah letih.
gua letih dengan semua benda yang gua suka selama ini.
gua letih dengan kamera-kamera.
gua letih dengan adobe-adobe.
gua letih dengan musik-musik.
gua letih nak design-design clothing.
gua letih!!

jadi,gua nak buat satu benda baru.
gua tak pernah cuba.
tapi gua akan cuba.
gua baru lepas tengok cerita hang jebat.
gua jadi teruja.
gua hendak berlakun!!
agak-agak buleh tak gua bawak watak hang jebat macam noordin ahmad?

oversea.

gua tak mahu cakap banyak!
gua sudah dapat result.
bukan nak berlagak,tapi gua repeat 2 paper.
makwe-makwe sume tolong jangan serbu maahad gua.
bukan salah diaorang.gua saja buat camni sebab nak tengok keprihatinan luorang.
sapa paling prihatin,senang-senang gua masuk kapel.amacam?

gua nak berangkat ke luar negara beberapa jam lagi.
jadi luorang sume sila angkat tangan berdoa untuk gua.
gua pergi bukan nak berfoya-foya.
gua ada misi.misi ape?itu nanti gua cerita bila dah balik.

makwe-makwe jangan mengade-ngade nak tempah tudung la,jubah la,pencil box la.
gua tak layan.sekian.jumpe lagi!!

nafsu.

kembali.
gua sudah lama tak update.
sebenarnya gua nak bagitaw yang dah beberapa hari gua tak on laptop.
exam kali ni memang kaw.
sampai gua tak on laptop.dahsyat kan?

movie-movie semua dok panggil gua jamah,gua tepis.
kamera-kamera pula buat-buat macam bergerak sendiri,kononnya nak ambil perhatian gua,itupun gua tak layan.
adobe photoshop pun buat-buat manja panggil gua juga.tapi macam biasa.gua tahan.
kalau tak tahan jugak,gua buat-buat pengsan.

masa ni la perempuan-perempuan datang suruh tunjuk ajar edit gambar.
adoyy.gua lemah bab perempuan.
sebagai modal insan,gua kena bertahan beb.jangan kalah dengan perempuan.
jadi gua ambil keputusan untuk beritahu perempuan yang gua ni gay.biar diaorang geli sikit.
harap-harap takde lelaki sasa mengurat gua lepas entry ni.
perempuan-perempuan ni pun ntahapape.kalau nak ngurat tak yah la buat-buat nak blaja edit gambar.tapi gua faham.zaman sekarang memang susah cari lelaki soleh macam gua.

gua nak buat pengumuman sikit.
buat lelaki-lelaki,perempuan-perempuan.
sila sambung doa untuk gua.
sebab esuk ngan lusa gua ada exam tiga paper lagi.
doa lu orang keperluan gua.habis.

perangai baru.

salam.
gua ade bende nak kongsi.jangan amek mudah.
lu penah beli coke pastu campur panadol?
gua xpenah cube.tp orang kata mujarab untuk sakit kepala.
orang la kata.kan?

musim exam camni memang ramai yang bunuh diri sendiri.
gua boleh bilang berapa ramai member2 gua yg hampir masuk neraka akibat nak bunuh diri sendiri.
gua maseh maintain.agak-agak panas kepala gua hapal2,guna layan adobe.

tapi sekarang adobe guna sihir.
gua cuba tepis tapi xmampu.
adobe 'ekstesi' gua.

lu orang perasan tak?
penulisan blog dah lain kan?
semenjak gua main gym tiap2 malam,gua berhasrat nk ubah imej.haha.
first sekali gua ubah jadi: gua-lu,gua-lu.(bagi budak2 junior ketar sikit)

hasil kerja panas kepala gua semalam.

mood jahat.



hubungan.koneksi.kaitan.
benda yang sama.
manusia perlu difahami.

kawan makan kawan!
'cinabeng lu!'

exam mood.



ngeri,setahun sekali mesti mahu kena exam!
naseb baek bersunat sekali atau 'dua kali' sahaja seumur hidup.

gila,kamera antik 'penuh' dalam kepala.
tapi aku hanya ada dua,ricoh elnica 35 dan canon at-1.
tapi,jika tanya matan ada banyak mana dalam kepala?

hebat,semalam buat reunion.
abang-abang besar 'suka' bagi nasihat.sila pulon.
aku hanya mc.

'semoga panjang umur'.
minggu lepas,harijadi ibunda ku.
aku wish pada hari sebelumnya.
sebab mahu jadi yang paling awal wish!

*doa ouh untuk exam.seriusli,aku perlu itu.

bahaya!

seriusli,exam makin hampir gila.
exam,tolong jangan kejar-kejar.
sambil-sambil tu,hobi menjadi-jadi.
apekebende semua ni.haraam aih.!

slowkan hobi.
and grab your exam!
its going to be fun lah!

ouh.tidak lupa.
terima kaseh buat 'enche lubat' dan 'enche nasaie'.
we're going to be a great team!!

sakit.

kepala aku berdenyut-denyut.
nafas aku lemah.
batuk-batuk.
tengkuk aku sakit.
huh.nak demam nih.
atau kafarah dosa?

aku minum ubat batuk.
aku makan vitacid.
aku sapu vicks kat dada.
aku tonyoh minyak angin kat kepala.
selalunya mak aku yang tonyohkan.
makk~

kenapa terjadi?
sebab utama,aku sangat gelisah untuk exam mendatang.
itu sahaja!ok,chow dulu.
nak sambung balik hapal-hapal!!

tidak serius.

"u ni,i tengok u tak serius dalam hubungan kita"keluh aisya.
"i memang macam ni dari dulu"jawap fahri selamba.

"cuba lah u matang sikit!"aisya sedikit menaikkan suara.
"kitakan baru..."tidak sempat fahri menghabiskan cakapnya,terdengar pula suara dari belakang.

"fahri! kau belajar ke menyembang?,lagi 3 hari nak upsr kan!!"
mak fahri menengking dari belakang.

p/s-orang perempuan sekarang memang pulon kan?hahaha!!

teringat waktu darjah empat bestari dulu.
balik sekolah,ambil kapur kasut dan tulis di dinding nama makwe kegemaran.
matang kan?
sekarang,jumpa makwe itu kembali di fesbuk.
nasib baik tak kapel dari dulu,tak lawa dah sekarang ni.
haha!

hingusan.

mari bermain adobe photoshop.
aku sedang buka kelas photoshop.
sila daftar jika ingin belajar.
tidak kena yuran.
sekodar belanja aku main iceskating.
amacam?
tapi selalunya lepas main iceskating pasti aku lapar.
kentucy mungkin?sedialah ya!!

apa yang bakal engkau dapat jika mengikuti kelas ini?

-seorang guru yang kadang-kadang bertukar menjadi artis.
-cara-cara membuat gambar buruk engkau menjadi seakan-akan hero twilight.
-diajar juga cara-cara merubah foto roomate sendiri berkeadaan bogel.
-sama taraf dengan pelajar lom kok wong.(sebuah universiti di timur tengah)haha.

gambar diatas diambil menggunakan camera digital nikon coolpix.
tidak perlu dslr.tidak perlu lense mahal.

tiada camera dslr?tiada camera digital?
cuma ada phone camera?buleh kah?
sila ambil phone itu dan sendal di pintu dapur.

engkau semua.sila daftar.jangan malu langsung.

ringkas.

apa cerita sekarang?
ouh.aku dalam keadaan seperti biasa.

study mood mungkin?
waah.itu engkau kena doa banyak-banyak untuk aku.chaiyok!

apa yang bermain dalam otak engkau?
balik malaysia.nak buat design baju.nak beli dslr.waah!

siapa yang bermain dalam otak engkau?
idola aku.ayah dan mak aku.family aku.anak menakan terhebat.
kawan-kawan.jemaah surau.

setiap hari mesti?
hookahhollics!!

lagu di bibir?juga movie pilihan?
hamada helal-mastool.
sunflower-korean movie.

engkau perlu?
redha allah!.. juga...perlu duet sikit.haha!

atlit.



buat engkau-engkau yang rindukan the halal man.
ini gambar terbaru untuk tatapan.

dengan berbekalkan baju 'baru' adidas cap egypt.
aku yakin.aku mampu jadi atlit.
inilah pertama kali aku beli baju berunsurkan sukan.
jika sebelum ini semuanya berunsurkan nasyid.

sukan yang dipilih adalah gasing.
komersial kan?

perihal.

hari ini hari memberi kuliah.
sila baca jika hendak.
nyah dari sini jika terasa.

manusia jahat tapi pandai.
manusia baik tapi 'kurang' pandai.

manusia jahat tapi berjaya.
manusia baik tapi gagal.

kesimpulannya.
kejayaan itu juga ujian.
jangan hukum manusia.
insaf tak?

rindu banyak.

'asan beli aiskrim untuk semua orang.'
'dee punye pon ade'

"tak payah la asan"
"dee kan jauh"

'nanti dee balik '
'orang lain jangan kacau aiskrim dee'
'asan simpan untuk dee'

jatuh air mata lelaki ini.
ya allah,aku rindu!



MUHAMMAD HASAN EL-AWWAL

rindu.



rindu semua!
bile serabut,sakit juga rindu.
teknologi jarak jauh pengubat rindu kononnya.
mungkin juga.

berwebcam bersama anak menakan memang terbaik.
'dee,dee kat mesir eh'
'bile dee nak balik?'
'nnti belikan asan jubah solat eh'

aku digelar 'dee' oleh anak menakan.
ahh.aku rindu.



semenanjung.

dua hari,
selepas kembali dari ekspidisi memanjat gunung sinai.
sangat hebat!tapi susah.
berkhatan ketika darjah lima dahulu lagi mudah dari ini.

sangat banyak yang hendak diceritakan.
tapi nantilah,aku postkan gambar bercerita.
dasar pemalas kan.

hari ini agak bertuah.
wireless muncul tiba-tiba.
sangat hebat.
ouh,tidak lupa juga!
selamat hari jadi buat engkau saiful hanif!
juga buat miss zaza!!
untuk saiful hanif semoga engkau kurus dan berambut lurus ya.
buat miss zaza,sila ke mesir segera.haha.

sedang hebat, muncul pula keadaan yang mengharamkan.
adoyy sangat haram.
engkau-engkau bergambar dengan artis malaysia yang datang ke mesir!
sila jangan cerita benda bodoh macam itu pada aku.tolonglah.
pertama kali agaknya.
maafkan sajalah!

sila jangan buat lagi.haha

meluat.

ouh! selamat kembali.
setelah setengah bulan ditahun baru.
maseh ditakuk lama.
nasib baik tiada azam baru.

kedatangan tahun baru sangat meluatkan.

cuba simpan misai biar panjang.
sanggup tahan gatal.
tengok dicermin,
benci pula pada diri sendiri.
hodoh agaknya.

cuba mendekati pelajaran.
kitab dihadapan, laptop disebelah.
enam minit bersama kitab.
akhirnya badan mengiring ke sebelah.
haraam kan.

tambahan pula,
semakin banyak filem berada dilaptop.
jahanam betul kawan-kawan yang dermakan filem.

ketika cinta bertasbih,
sekarang sudah dua kali bertasbih.
ketika itu semua penonton lalai.
cuma ada sesetengah rakan aku maseh memegang tasbih ketika menonton.haha

aku pula,tengok pelakun wanitanya,terus xjadi tonton.
jika luna maya pelakunnya,pasti aku tonton empat kali.
maaf ya anna althafunnisa'.

jika bernaseb baik,akan aku senaraikan filem wajib tonton.
sabar ya.