episod raya.

lima,enam hari sebelum ramadhan gua balik malaysia.
kadang-kadang menjadi imam muda.
makcik-makcik bergelut sesama sendiri nak beri anak dara mereka.
gua tulis 'anak dara' ya.bukan 'dara'.

sehari sebelum raya.
mak gua dah list barang nak suroh gua beli belah.
sebagai anak soleh,gua dengar kata.
tapi kalau suroh beli selepas suboh,gua dengar juga sambil lelap mata.
maaf mak.

dua hari tiga malam gua beratur nak beli santan.
gua kira gua orang yang ke tiga puloh dua.
belakang gua ada seratus lima puloh orang lagi gua rasa.
dua orang warga emas gua lempang sebab nak potong barisan.
tiga lagi terkencing serta merta.
kelihatan gadis-gadis dari kuala lumpur juga beratur.
pakai baju kecik nampak pusat,konon bulih potong barisan.
dua tiga minit jenuh tampar nyamuk gigit pusat.
gua senyum sendiri.

bersambung...

Tiada ulasan: