rindu.



rindu semua!
bile serabut,sakit juga rindu.
teknologi jarak jauh pengubat rindu kononnya.
mungkin juga.

berwebcam bersama anak menakan memang terbaik.
'dee,dee kat mesir eh'
'bile dee nak balik?'
'nnti belikan asan jubah solat eh'

aku digelar 'dee' oleh anak menakan.
ahh.aku rindu.



semenanjung.

dua hari,
selepas kembali dari ekspidisi memanjat gunung sinai.
sangat hebat!tapi susah.
berkhatan ketika darjah lima dahulu lagi mudah dari ini.

sangat banyak yang hendak diceritakan.
tapi nantilah,aku postkan gambar bercerita.
dasar pemalas kan.

hari ini agak bertuah.
wireless muncul tiba-tiba.
sangat hebat.
ouh,tidak lupa juga!
selamat hari jadi buat engkau saiful hanif!
juga buat miss zaza!!
untuk saiful hanif semoga engkau kurus dan berambut lurus ya.
buat miss zaza,sila ke mesir segera.haha.

sedang hebat, muncul pula keadaan yang mengharamkan.
adoyy sangat haram.
engkau-engkau bergambar dengan artis malaysia yang datang ke mesir!
sila jangan cerita benda bodoh macam itu pada aku.tolonglah.
pertama kali agaknya.
maafkan sajalah!

sila jangan buat lagi.haha

meluat.

ouh! selamat kembali.
setelah setengah bulan ditahun baru.
maseh ditakuk lama.
nasib baik tiada azam baru.

kedatangan tahun baru sangat meluatkan.

cuba simpan misai biar panjang.
sanggup tahan gatal.
tengok dicermin,
benci pula pada diri sendiri.
hodoh agaknya.

cuba mendekati pelajaran.
kitab dihadapan, laptop disebelah.
enam minit bersama kitab.
akhirnya badan mengiring ke sebelah.
haraam kan.

tambahan pula,
semakin banyak filem berada dilaptop.
jahanam betul kawan-kawan yang dermakan filem.

ketika cinta bertasbih,
sekarang sudah dua kali bertasbih.
ketika itu semua penonton lalai.
cuma ada sesetengah rakan aku maseh memegang tasbih ketika menonton.haha

aku pula,tengok pelakun wanitanya,terus xjadi tonton.
jika luna maya pelakunnya,pasti aku tonton empat kali.
maaf ya anna althafunnisa'.

jika bernaseb baik,akan aku senaraikan filem wajib tonton.
sabar ya.